Sekatan dan tangkapan Pilihan_raya_Presiden_Iran_2009

Beberapa wartawan asing diminta keluar dari Iran kerana kerajaan tidak menyambung visa yang diperoleh bagi membuat liputan pilihan raya . Wartawan hanya dibenarkan membuat liputan dari pejabat sahaja, , melakukan temu bual melalui telefon dan memantau sumber rasmi seperti laporan televisyen kerajaan Iran.

Beberapa penyokong Mousavi termasuk Hamid Reza Jalaipour, seorang pakar sosiologi ditahan oleh polis Iran.Saeed Laylaz, seorang penganalisis politik dan ekonomi, juga ditahan di rumahnya.[33] Wanita berselendang juga turut turun ke jalan raya.

Kira-kira 170 anggota kumpulan reformis, termasuk 10 pemimpin mereka.Mereka dipanggil dan diberi amaran agar tidak menambahkan lagi ketegangan. Mereka kemudian dibebaskan.Mereka adalah ahli parti utama reformasi Iran, Mosharekat yang turut dianggotai Mohammad Reza, adik bekas [Presiden Iran]], Mohammad Khatami.Rajab Ali Mazroei menyatakan 10 anggota Barisan Penyertaan Islam Iran (IIPF) dan Pertubuhan Revolusi Mujahidin Islam ditahan .

Polis menahan Behzad Nabavi, seorang bekas timbalan Speaker Parlimen. Mohsen Midramadi yang mengetuai IIPF dan suruhanjaya dasar luar Parlimen di bawah Khatami .Khatami Abdollah Ramezanzadeh merupakan jurucakap kerajaan. Lain-lain ialah Mostafa Tajzadeh, Mohsen Aminzadeh, Zoherh Aghajari, Saeed Shariati dan Zahra Mojaradi atas kesalahan penganjuran bantahan . [34]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_Presiden_Iran_2009 http://www.adnkronos.com/AKI/English/Politics/?id=... http://baznevis.com/view-17808.html http://www.presstv.com/classic/detail.aspx?id=9445... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.roozonline.com/persian/opinion/opinion-... http://news.xinhuanet.com/english/2009-05/12/conte... http://alef.ir/1388/content/view/47404/ http://ghalamnews.ir/news-18999.aspx